KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan 2,388 orang ditempatkan di 21 PPS berbanding 2,317 orang pagi tadi.
Rompin terus merekodkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 1,912 orang manakala Temerloh (302 orang), Pekan (106 orang), Jerantut (10 orang) selain Maran dan Bera masing-masing 29 orang.
Di MELAKA, jumlah mangsa meningkat kepada 380 orang namun keluarga terlibat kekal 97 keluarga pada 2 petang ini berbanding 379 orang pagi tadi.
Menurut Sekretariat JPBN Melaka, kesemua mangsa terjejas ditempatkan di enam PPS di negeri itu dengan lima daripadanya di Daerah Jasin dan satu di Alor Gajah.
"Sebanyak 365 mangsa daripada 90 keluarga ditempatkan di lima PPS di Jasin manakala 15 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di satu PPS di Alor Gajah," katanya.
Sementara itu, di JOHOR, mangsa banjir dilihat menurun sedikit kepada 37,258 orang berbanding 37,322 orang pada pagi tadi.
Bagaimanapun, JPBN Johor memaklumkan terdapat pertambahan dua PPS menjadikan 240 PPS beroperasi di sembilan daerah setakat ini.
Menurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 12,900 orang daripada 3,783 keluarga diikuti Batu Pahat 7,830 orang daripada 2,294 keluarga; Kluang dengan 5,285 mangsa (1,533 keluarga); Kota Tinggi seramai 3,283 orang (879 keluarga); Muar dengan 3,278 orang (952 keluarga); dan Tangkak 2,661 orang (754 keluarga).
"Turut terjejas di Johor Bahru dengan 699 orang daripada 226 keluarga; Mersing 964 orang (280 keluarga) dan Pontian 358 orang (91 keluarga)," katanya.
Di NEGERI SEMBILAN, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 711 mangsa daripada 191 keluarga setakat 12 tengah hari berbanding 783 mangsa pagi tadi.
Ia membabitkan empat PPS di Tampin dengan PPS Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 514 mangsa manakala kesemua PPS di Jempol telah ditutup sepenuhnya.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit penurunan kepada 103 mangsa daripada 25 keluarga setakat ini berbanding 107 mangsa daripada 24 keluarga pagi tadi.
JPBN, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor melaporkan sebanyak dua PPS masih dibuka iaitu SK Merbau Sempak, Sungai Buloh dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor.
Sementara itu,di SARAWAK jumlah mangsa banjir masih kekal 14 orang daripada lima keluarga dan ditempatkan di PPS Komplek Sukan Julau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). - Gambar fail
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.