LABUAN: Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.
"Infrastruktur sekolah yang usang bukan sahaja berlaku di negeri tertentu dan usaha baik pulih ini selaras dengan misi Kementerian Pendidikan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar.
"Kementerian Pendidikan telah mencapai kemajuan yang baik dalam menyelesaikan isu sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak apabila lebih separuh sekolah terjejas telah menjalani pembaikan yang diperlukan," katanya pada majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan di sini semalam.
Fadhlina berkata kementerian juga melaksanakan sistem penarafan bintang dengan tempoh penilaian selama tiga bulan dalam menyiapkan proses baik pulih sekolah terbabit.
KPM dalam catatan menerusi Facebook pada 28 Julai 2023, memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan RM6.5 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan 1,002 sekolah daif di seluruh negara dari 2016 hingga 2023.
Menerusi Rolling Plan 2023, sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 417 projek baharu dan lanjutan di seluruh negara.
KPM memberitahu kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak juga telah ditambah baik melalui pelaksanaan 327 projek pembangunan sekolah daif atau 78 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Fadhlina (tengah) hadir pada majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti di SMK Labuan semalam. - Foto BERNAMA
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Projek jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus siap 100 peratus
Nanta turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rh Igau Bukong Baruh Sungai Menuan.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih - Fadhlina
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.
292 projek pembangunan, empat berimpak tinggi, beri manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan
Sebanyak 79 daripadanya telah disiapkan sepenuhnya termasuk empat projek fizikal berimpak tinggi sekali gus memanfaatkan masyarakat.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 - RAM Ratings
Momentum ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik sehingga tahun depan, dengan KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 4.0 peratus pada tahun ini.
Ranhill rancang pembangunan projek kemudahan air di Indonesia dengan China Energy Engineering
Ranhill berkata ia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CEIG untuk bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda.
Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan.