Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran tindakan tegas termasuk dipecat akan diambil terhadap anggota dan calon Majlis Tertinggi (MT) yang didapati mensabotaj pemilihan parti.
Beliau memberi jaminan Jawatankuasa Disiplin parti akan membuat siasatan menyeluruh sekiranya ada menerima laporan.
Katanya beliau telah memaklumkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang "menghancurkan atau berniat menghancurkan" UMNO.
"Kita tahu ada unsur-unsur (pihak-pihak) luar...yang cuba "merasuk" masuk untuk memujuk ahli tertentu untuk bertanding pada pemilihan kali ini.
"Dalam UMNO, terdapat tukang cong, tukang bakar (mengapi-apikan) dan tukang menghancurkan parti dan mahu melihat parti ini berpuak-puak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Putrajaya di sini Sabtu.
Tengku Adnan yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai buku senarai calon palsu yang dikesan diedarkan di beberapa bahagian di Perak seperti Tambun, bertujuan mengelirukan perwakilan untuk mengundi.
Buku bertajuk Kompas Pemilihan UMNO 2013, itu didapati mengandungi maklumat palsu dengan nombor calon MT yang bertanding hari ini telah ditukar.
Sementara itu, Tengku Adnan turut menasihatkan calon-calon supaya menerima sebarang keputusan pengundian dengan hati terbuka.
"Kita kena terima hakikat apa juga keputusan. Jangan kita buat perkara-perkara yang merosakkan parti. Yang penting fikir parti ini sebagai wadah perjuangan.
"Kita kena bertaut semula untuk menghadapi pilihan raya...lebih baik kita simpan tenaga kita untuk berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya (umum ke-14) akan datang. Jangan kita bercakar satu antara satu sama lain dalam parti," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Oct 19 2013
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.