SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu tumpuan dan peluang diberikan kepada anak-anak muda masyarakat India dalam menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata perkara berkenaan adalah penting dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan itu melalui pendidikan selain membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat India.
"Kita (kerajaan) memberi perhatian terutama pada kemiskinan bandar, untuk mengatasi kemiskinan bukan hanya dalam bentuk sokongan dan dukungan semata-mata, tetapi mesti menggunakan satu proses untuk menstrukturkan semula kedudukan ekonomi melalui pendidikan.
"Biarpun masyarakat Melayu dan bumiputera amat terkesan, usaha-usaha untuk melayani semua (kaum) di negara ini mesti terus dipertingkatkan dan kaedah terbaik adalah melalui pendidikan," katanya pada Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata antara bidang TVET berteknologi tinggi yang dikenal pasti ialah kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan teknologi berkaitan hidrogen yang membolehkan lepasan pelajar TVET mempunyai kemahiran tinggi dan dapat terus bekerja dalam sektor penting.
"Kita telah lakukan kerjasama dengan pemain industri, ertinya pelajar lepasan TVET akan terus bekerja dengan syarikat di Malaysia dan antarabangsa. Ini yang telah kita lakukan tetapi kita akan tumpukan juga kepada anak-anak muda masyarakat India dan saya akan pastikan ia dilakukan pada tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan terus menyantuni permasalahan dalam kalangan kaum berkenaan selain menyarankan agar lebih banyak tempat disediakan untuk anak-anak muda India lepasan sekolah dan yang tercicir dalam pendidikan, di institusi TVET.
"Kita akan sesuaikan minat mereka dalam bidang tertentu untuk dilatih dalam TVET dan bekerjasama dengan institusi dan universiti teknikal di India untuk kita mempromosi TVET yang berdasarkan pendidikan teknologi terbaharu di dunia," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan perkara itu direalisasikan bagi menjaga kebajikan lebih 1.2 juta pekerja yang terlibat dalam bidang itu.
"Walaupun terdapat beberapa kekangan, saya pasti bersama Perdana Menteri untuk merealisasikan suruhanjaya itu, saya sendiri telah bawa (cadangan itu) suatu ketika dahulu dan akan merealisasikannya dengan persetujuan Kabinet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Ahmad Zahid (kiri) menyampaikan bantuan tablet kepada 200 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi pada Majlis Sambutan Ponggal Perpaduan 2024 di Seksyen 16 hari ini. -Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.