KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya agar mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal sebelum pukul 10 pagi.
Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau negeri-negeri lain, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas pukul 1 petang.
Bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang bermula 5 Mei hingga 9 Mei dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor serta negeri lain, pengguna dinasihat memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi.
Zakaria berkata, simulasi pola trafik pada musim perayaan menunjukkan pemandu dari utara ke Lembah Klang dijangka mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam, atau dua kali lebih panjang, sekiranya memasuki lebuh raya selepas pukul 9 pagi.
Pada masa sama, tempoh perjalanan dari selatan ke Lembah Klang pula dijangka mencecah sehingga tujuh jam, atau dua kali lebih panjang, berbanding purata tempoh perjalanan jika memasuki lebuh raya selepas pukul 9 pagi.
TTA direka berdasarkan pola perjalanan trafik musim perayaan untuk mengagihkan kenderaan memasuki lebuh raya secara serentak di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekali gus mengurangkan kesesakan.
PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri - peningkatan 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya pada hari biasa.
Hafizi Rosli
Sun Apr 24 2022
PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri - peningkatan 25 peratus berbanding hari biasa. - Gambar fail BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Trafik di lebuh raya utama sesak
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.
PLUS tambah baik Smart Lane sempena Aidilfitri
Antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka bentuk serta kuantiti.
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM
Memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
PLUS aktifkan 18 Smart Lane sempena Aidilfitri
PLUS mengaktifkan 18 laluan Smart Lane di lokasi tumpuan di lebuh rayanya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik ketika cuti Hari Raya Aidilfitri bulan depan.