KUALA LUMPUR: Seramai 153 orang daripada 44 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, Perak dan Pulau Pinang setakat pagi ini susulan bencana banjir yang berlaku sejak Rabu.
Di Kedah, dua mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, manakala 32 mangsa daripada enam keluarga lagi berada di dua PPS di Bandar Baharu iaitu PPS SK Sungai Salleh dan PPS SK Selama.
"Sebuah lagi PPS di Yan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi yang dibuka bagi menempatkan mangsa yang positif COVID-19 masih aktif dibuka walaupun tiada kemasukan buat masa ini.
"Selain itu, satu lagi PPS iaitu SMK Lubuk Buntar yang juga tidak mempunyai mangsa masih aktif dibuka," kata jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menerusi kenyataan hari ini.
Di Perak pula, seramai 95 orang daripada 29 keluarga dari dua daerah masih ditempatkan di dua PPS.
"Tujuh mangsa daripada sebuah keluarga di daerah Teluk Intan ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Smart Batu 8, Jalan Changkat Jong.
"Sementara itu di Taiping, seramai 88 orang melibatkan 28 keluarga kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan Matang, berikutan air banjir yang belum surut dan masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini," kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Bencana Perak.
Di Pulau Pinang, pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh memaklumkan sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan( SK) Jawi yang menempatkan 24 orang daripada lapan keluarga, berbanding 35 orang petang semalam.
"Seramai 11 orang daripada tiga keluarga telah dibenarkan pulang selepas air di kawasan rumah mereka surut manakala 24 mangsa banjir lagi masih ditempatkan di PPS SK Jawi kerana kediaman mereka belum selamat untuk diduduki.
"Ada rumah mereka yang air telah surut namun belum sempat untuk pulang cuci kerana kesan banjir dan kotoran yang teruk dalam kediaman," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika ini cuaca di negeri ini kelihatan baik dan air di kawasan banjir juga mulai surut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
Penduduk tempatan mengorek lumpur di halaman rumah di Jalan Masjid Yan berikutan banjir kilat yang berlaku di Yan petang kelmarin, 19 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Kod Sukan Selamat akan dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Lepas Subuh berjemaah, Madad cadang hantar pelajar ke sekolah
Idea itu timbul selepas melihat kepada sokongan menggalakkan selain mahu melancarkan perjalanan ke sekolah.
Shivaani teruja dapat kembali ke sekolah Mac ini
Bapanya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang prihatin dalam menyelesaikan isu persekolahan anaknya itu.