SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyifatkan insiden banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di negeri itu baru-baru ini tidak terlalu buruk jika dibandingkan dengan bencana yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, pentadbirannya sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Menurut beliau, antara usaha yang segera digerakkan ialah membuka beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir.
“Kita sudah harungi banjir di beberapa kawasan. Alhamdulillah tidaklah begitu parah berbanding tahun lepas, tapi kita kena teruskan bersiap sedia untuk elakkan apa yang berlaku tahun lepas untuk berulang.
“Saya percaya persediaan kita dengan PPS masih dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi hingga Januari nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Batik Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, pada Khamis.
Tambah Amirudin, kerajaan negeri juga akan menumpukan perhatian di beberapa kawasan yang dikatakan kerap berlaku banjir antaranya Meru, Klang, Dengkil dan Sepang.
Beliau berkata, kawasan-kawasan itu sememangnya lokasi yang akan dinaiki air, namun, tidak berlarutan lama seperti yang berlaku setahun lalu.
Mengenai bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini pula, Amirudin berkata, ia masih dalam proses sebelum diagihkan kepada mereka yang terlibat.
Pada November lalu, seramai 633 mangsa banjir di Selangor ditempatkan di tiga PPS susulan insiden banjir yang melanda beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang berikutan cuaca hujan lebat selama beberapa hari.
Hilmi Malik
Thu Dec 01 2022
Kerajaan Selangor menyifatkan insiden banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di negeri itu baru-baru ini tidak terlalu buruk jika dibandingkan dengan bencana yang berlaku pada Disember tahun lalu, kata Datuk Seri Amirudin Shari.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.