PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian dalam masa terdekat, sebagai kaedah meringankan beban kos operasi yang telah memberi impak kepada harga barangan di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 24 Nov lepas (Rabu).
"Sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dengan MOF.
"MOF secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan saranan cadangan daripada kedua-dua kementerian. Sebarang keputusan berkaitan bantuan kewangan kepada pemain industri akan diumumkan oleh MOF," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata bantuan kewangan yang bakal diberikan kepada pemain industri pertanian itu dijangka mampu menyerap lonjakan kos yang terpaksa ditanggung pengguna.
Nanta berkata pertemuan antara tiga pihak itu dibuat hasil dapatan daripada pertemuan antara Jawatankuasa Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) dan MAFI bersama pihak berkepentingan serta pemain industri pertanian.
"Melalui sesi libat urus yang telah dijalankan, pemain industri yang terkesan telah memaklumkan keperluan mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan bagi membantu meringankan beban kos operasi," katanya.
Menurutnya, KPDNHEP sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang isu berkaitan kenaikan harga barangan terutama makanan serta keperluan asas yang membebankan rakyat di negara ini.
Justeru katanya, pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP secara proaktif akan memantau dan memeriksa harga barang di seluruh negara bagi memastikan harga barangan termasuk sayur-sayuran berada dalam keadaan stabil.
"Tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana peniaga di setiap rantaian bekalan sekiranya terdapat unsur pengambilan keuntungan secara tidak munasabah (mencatut) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011," katanya.
Seksyen 14(1) AKHAP 2011 memperuntukan sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat dan sehingga RM100,000 bagi individu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Nanta menasihatkan pengguna untuk menggunakan aplikasi Price Catcher yang dibangunkan KPDNHEP untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai harga barangan keperluan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Nanta berkata bantuan kewangan yang bakal diberi kepada pemain industri pertanian itu dijangka mampu menyerap lonjakan kos yang terpaksa ditanggung pengguna. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan
Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.
Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
WCE siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.