awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tiga anak nekad terjun tingkat lima akibat hutang

Petrus Bernard
Petrus Bernard
28/01/2020
00:20 MYT
Bapa tiga anak nekad terjun tingkat lima akibat hutang
Penduduk bandar Tawau digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, pada Isnin.
Penduduk bandar Tawau digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, lelaki berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak itu nyaris maut apabila bertindak melompat dari tingkat lima bangunan tersebut.
Dia bagaimanapun terselamat setelah jatuh di atas bumbung kereta jenis Proton Saga dan mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.15 tengah hari.
"Pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan masih sedarkan diri namun mengalami patah tulang kaki kiri dan tulang bahu kanan.
"Lelaki berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan dan lelaki berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Siasatan secara lisan ke atas lelaki berkenaan mengakui bahawa tekanan kewangan yang dihadapinya selain hutang yang ditanggung mendorong kepada tindakannya untuk membunuh diri," kata Peter.
Menurut Peter, siasatan kini diteruskan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

*Individu yang berhadapan kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah boleh menghubungi Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-mel [email protected]
Topic Berkaitan
#bapa tiga anak
#bunuh diri
#Hospital Tawau
#Jalan Kuhara
#lompat dari tingkat lima
#nekad terjun
#Peter Umbuas
#Polis Daerah Tawau
#Proton Saga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan