MERSING: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, kira-kira pukul 8.40 pagi.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi simpang masuk kebun berkenaan.
"Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Jemaluang, bagaimanapun identitinya masih belum dapat dikenal pasti," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
Bayi itu yang masih bertali pusat diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir. - Gambar hiasan/ Freeimages.com
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam longgokan sampah
Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di Fajar di Lahad Datu pada Sabtu malam.
Bayi perempuan ditemukan dalam kotak dalam kebun
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.
Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di hentian bas
Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Inda.
Bayi perempuan baru lahir ditemui dalam tong sampah
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.
Bayi baru lahir ditemui atas meja gerai makanan
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah gerai jualan di Batu 5, Jalan Tengah Nipah, Kampung Jaya Baru, di sini, hari ini.
Bayi lelaki ditemui masih hidup di kawasan pembuangan sampah
Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai berhampiran sebuah pasar raya di sini malam tadi.
Lelaki jumpa bayi dibuang ingin ambilnya jadi anak angkat
Mohd Hanif Zaini, 29, dan isterinya, Sharifah Zurini Syed Mat Noor, 29, sudahpun mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan iaitu Maryam, walaupun menyedarinya prosesnya bukan mudah.
'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging
Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik ketika sedang berjoging, petang tadi.
Jumpa bayi hidup depan rumah
Sepasang suami isteri terkejut apabila menjumpai bayi lelaki baru lahir di perkarangan pintu rumah mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang, awal pagi tadi.