KUALA LUMPUR: Beberapa lagi kawasan di Pahang diramal berlaku banjir mulai malam esok atau lebih awal berdasarkan simulasi model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
JPS dalam satu kenyataan berkata kawasan dijangka banjir mulai 8 malam esok ialah Kampung (Kg) Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kg Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya.
Sementara di Kg Seberang Guai, Jalan Kg Durian, Kg Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya serta Kg Besol, Paya Gintong, Kg Batu Kawah, Kg Perian, Kg Jeransang, Kg Tanjung Betung, Kg Rial, Kg Tanah Nyior, Kg Teh, Kg Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya mulai 8 pagi Isnin ini.
Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pahang kekal 141 orang daripada 36 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan.
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR DI SINI
Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, amaran cuaca buruk di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Sementara itu, hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar), dan Kelantan (Gua Musag) juga bermula hari ini hingga Selasa.
Keadaan sama turut berlaku di Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.
Sementara itu, cuaca waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Selasa. - Gambar fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.
Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan
Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 97 orang petang ini, berbanding tujuh orang pagi tadi, dengan paras beberapa sungai utama menunjukkan trend peningkatan.