WASHINGTON: Bekas pegawai perisikan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), David Grusch memberitahu Kongres bahawa kewujudan objek terbang tidak dikenali (UFO) sudah dirahsiakan oleh kerajaan AS menerusi beberapa agensi sejak 1930-an lagi.
Malah, David Grusch mengulangi dakwaannya bahawa kerajaan AS masih menyimpan bangkai UFO yang terhempas dengan mayat makhluk asing di dalamnya.
Grusch mendedahkan perkara tersebut semasa memberikan kenyataan bersumpah kepada Jawatankuasa Kecil Pemantauan Keselamatan Negara semasa sesi pendengaran Fenomena Anamoli Tidak Dikenali (UAP) di Kongres pada Rabu.
Dalam pendengaran itu, beberapa saksi turut melakukan kenyataan bersumpah melihat fenomena UAP ketika bertugas sebagai juruterbang USAF.
"Saya memutuskan untuk menjadi whistleblower berdasarkan data dan maklumat yang dikumpul sepanjang hampir 14 tahun dalam perisikan AS.
"Apa pun, saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci mengenai UFO dalam pendengaran ini kerana maklumat yang ada sangat rahsia," ujarnya.
Pihak Pentagon mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Grusch dan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) telah memulakan kajian kewujudan UAP tahun lalu dengan laporkan akhir akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Dalam laporan awal dikeluarkan ahli jawatankuasa mengatakan ramai saksi enggan memberikan kenyataan bersumpah kerana risau stigma negatif yang bakal diterima.
Artikel Berkaitan:
Wanita racun teman lelaki, dibiar dipatuk ular hingga maut
Ibu muda upah lelaki bunuh anak tiga tahun
Banjir landa Punjab, ratusan penduduk terpaksa dipindahkan
Fenomena UAP telah dilaporkan sejak dari zaman Yunani purba lagi dengan saintis mengatakan ia mungkin fenomena semula jadi seperti komet yang pada waktu tersebut belum difahami mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023
Grusch semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Kecil Pemantauan bertajuk "Fenomena Anomali Tidak Dikenali: Implikasi terhadap Keselamatan Negara, Keselamatan Awam dan Ketelusan Kerajaan" di Capitol Hill. Foto REUTERS
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
Penampakan 'UFO' di Argentina
Sebuah rakaman memaparkan objek aneh berbentuk bulat berlegar-legar di wilayah Tucuman, Argentina mencetuskan tanda tanya.
Belon udara dikesan di Utah mungkin milik orang awam - Komando Aeroangkasa AS
Objek yang berada pada altitud tinggi berkemungkinan hanya sebiji belon dan telah beredar meninggalkan ruang udara Amerika Syarikat (AS).
'Tubuh alien' yang dibentangkan di Kongres Mexico dikecam sebagai 'sandiwara'
Dua "tubuh" kecil yang memiliki tiga jari di setiap tangan dan kepala yang memanjang didakwa sebagai UFO dibentang di Kongres Mexico.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas pegawai perisikan dakwa kerajaan AS sembunyikan UFO
David Grusch mengulangi dakwaannya bahawa kerajaan AS masih menyimpan bangkai UFO yang terhempas dengan mayat makhluk asing di dalamnya.
Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.
Ganjil! Imej pesawat "misteri" dirakam
Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Nevada atau lebih dikenali sebagai Area 51, sering mendapat jolokan dan reputasi sebagai lokasi untuk mengenal pasti pendedahan membabitkan makhluk asing.
Pentagon siar rakaman video menyerupai UFO yang ditemui Tentera Laut AS
Video tersebut yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu dan baru kini dideklarasikan itu, memaparkan objek berbentuk bujur bergerak pantas.
Tentera Laut AS sahkan 3 klip video UFO tulen
Klip video yang memaparkan sebuah objek misteri yang bergerak pantas merentasi udara disahkan tulen oleh pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Penduduk gempar UFO terbang di langit Phuket
Kejadian itu dipercayai dirakam ketika dia bercuti di Laguna, Phuket, Thailand pada 22 April lalu.