Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini akan menekankan pendekatan pengubahsuaian dasar serta inisiatif kerajaan agar selari dengan cabaran mengharungi pasca pandemik COVID-19.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tumpuan utama belanjawan itu adalah menjana pertumbuhan ekonomi negara.
"Sudah tentu dengan pasca COVID-19, cabarannya berbeza kerana ia memberi satu pendekatan kepada kita bagaimana untuk mengubah suai semua polisi dan inisiatif supaya selari dengan cabaran tersebut," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penyerahan Sijil Piawaian Antarabangsa ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, hari ini.
Mohamed Azmin menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Bhd, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani menyampaikan sijil tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Seri Norazman Ayob.
Semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Belanjawan 2021 akan meliputi empat tema utama iaitu mengambil peduli terhadap rakyat, memacu ekonomi, kehidupan yang mampan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.
Antara bidang berkaitan adalah memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021, meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) tahun depan serta melonjakkan keyakinan pelabur.
Selain itu, ketika ditanya mengenai kes COVID-19 yang mungkin meningkat pada masa akan datang, Mohamed Azmin berkata sistem kesihatan di Malaysia berada pada tahap yang baik dan mampu menanganinya.
"Sekiranya berlaku peningkatan (kes), saya berpandangan sistem kesihatan kita mampu menguruskan situasi tersebut, begitu juga dengan petugas barisan hadapan. Kita yakin sistem kesihatan negara mampu tangani keadaan jika berlaku gelombang seterusnya," katanya.
Sementara itu, mengenai persijilan piawaian ISO 37001:2016, Mohamed Azmin berkata MITI menjadi kementerian keempat di Malaysia dan yang pertama di bawah kategori berisiko sederhana yang berjaya menerima sijil tersebut.
"Ini membuktikan komitmen MITI untuk memastikan pengurusan dalam kementerian berpaksikan kepada tadbir urus yang baik, berintegriti, tidak menjalankan sebarang amalan rasuah atau salah guna kuasa," katanya.
Piawaian ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah diperkenalkan oleh Organisasi Pemiawaian Antarabangsa (ISO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland bertujuan menyediakan kawalan berkesan bagi mengelak, mengesan dan bertindak cepat terhadap perlakuan rasuah selain menggalakkan budaya berintegriti, telus dan pematuhan kepada undang-undang.
Persijilan bagi MITI adalah susulan Projek Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah MITI pada 13 Mac hingga 26 Jun, 2019 untuk menambah nilai kepada pelaksanaan tugas utama MITI seperti pelaksanaan aktiviti perdagangan dan pembangunan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Mohamed Azmin berkata tumpuan utama belanjawan itu adalah menjana pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.