KUALA TERENGGANU: Pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco merupakan suatu keperluan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan rasmi kerajaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata, isu tersebut sepatutnya tidak dipolitikkan kerana pembelian kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah satu prosedur biasa bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan yang sudah lama.
"Penggunaan kenderaan rasmi milik kerajaan terlalu tinggi sekali gus menyebabkan kos penyelenggaraannya membebankan.
"Setakat ini semua kenderaan baharu seperti mana yang tular itu belum diagihkan. Jadi pembelian kenderaan baharu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan menerusi bajet pentadbiran kerajaan negeri pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) di sini pada Rabu.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar menyatakan kerajaan Terengganu digesa menjelaskan status pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco.
Wan Abdul Hakim berkata, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian SUV jenis Mazda bagi memastikan sama ada ia merupakan keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.
Mengulas lanjut, Tengku Farok Hussin berkata, pembelian kenderaan rasmi baharu berkenaan tidak menyalahi peraturan kerana peruntukan diluluskan kerajaan selepas dibentangkan pada pembentangan Bajet 2022.
Katanya, kerajaan negeri turut meluluskan pembelian kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Perhutanan negeri bagi kegunaan mereka.
"Jadi pembelian itu tidak pula dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik kerana ia memang prosedur biasa dalam menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan lama," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 27 2023
Tengku Farok Hussin berkata, embelian kenderaan baharu itu tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan menerusi bajet pentadbiran kerajaan negeri pada tahun lepas. - Gambar/ Media sosial
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Cahaya pelita hiasi 10 malam terakhir Ramadan
Suatu ketika dulu, memasang pelita atau panjut menjadi sebahagian rutin penduduk pada malam tujuh likur.
Harga martabak hanya 40 sen pada 1987
Seorang peniaga martabak yang berpengalaman menjual juadah itu sejak 30 tahun lalu mengakui makanan tersebut pernah dijual serendah 40 sen pada 1987.