ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Julai 2023.

1. The 1975 batal persembahan di Indonesia, Taiwan susulan kontroversi di Malaysia

Kumpulan The 1975 telah membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi dan kenyataan kontroversi mereka dalam satu festival muzik di Malaysia.


2. Paip air panas di pusat beli-belah pecah, 4 pengunjung maut

Empat orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera pada Sabtu selepas paip air panas di sebuah pusat beli-belah di barat Moscow pecah.


3. Tiga cedera dalam serangan pisau di stesen kereta api Osaka

Sekurang-kurangnya tiga penumpang cedera selepas diserang menggunakan pisau dalam kejadian di stesen kereta api di selatan Osaka, Jepun.


4. Netanyahu jalani pembedahan pasang perentak jantung

Sejurus sebelum undian mengenai rombakan rang undang-undang kehakiman di Parlimen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini menjalani pembedahan untuk memasang perentak jantung, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).


5. Wanita biar anak kebuluran demi tuntut wang insurans

POLIS Jepun di wilayah Osaka menahan seorang wanita kerana disyaki sengaja membiarkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun kebuluran.


6. Pasar ekstrem jual daging anjing, kucing diarah henti operasi

Sebuah pasar ekstrem yang terkenal dengan penjualan daging anjing dan kucing di Sulawesi Utara, Indonesia dilapor telah menghentikan aktiviti itu baru-baru ini.


7. Empat maut banjir di Pakistan - Laporan

Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak maut akibat banjir dan hujan lebat di Pakistan, lapor Sputnik.


8. Pilihan Raya Umum ke-7 Kemboja bermula

Pilihan raya umum ketujuh bermula di Kemboja pada Ahad dengan sejumlah 18 parti politik mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini, lapor Xinhua, memetik jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).


9. Selat Singapura tumpuan lanun

Selat Singapura menjadi tumpuan penjenayah maritim apabila merekodkan lebih banyak insiden rompakan bersenjata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


10. Kapal pelancong karam di Indonesia, tujuh rakyat Malaysia selamat

Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.