ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Januari 2024.
1. 'The Bot' ialah nama rasmi maskot Android
Google mempunyai maskot untuk Android. Setiap tahun apabila Android baharu dilancarkan, ibu pejabat Google pasti akan mempunyai patung Android gergasi mewakili versi terkini.
2. Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.
3. Saintis di Oxford uji vaksin Nipah
Andai ujian klinikal itu berjaya, ia akan menjadi vaksin pertama seumpamanya untuk penyakit berkenaan.
4. Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin.
5. 10 risiko utama global dalam dua tahun akan datang - WEF
Memasuki tahun 2024, keputusan Tinjauan Persepsi Risiko Global (GRPS) 2023-2024 menunjukkan pandangan umum yang negatif terhadap prospek dunia dalam masa dua tahun.
6. Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta
Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data.
7. Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu.
8. Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
9. Korban gempa bumi Jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang
Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis.
10. Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024
Maghribi pada Rabu dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tahun 2024.
Astro Awani
Thu Jan 11 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Tiada kaitan dengan Hannah Yeoh - SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
SPR adakan mesyuarat khas PRK pada 6 Jun
SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinangberhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Tujuh kenderaan dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
Dua beradik jemaah muda, abang syukur cemerlang SPM
Jemaah haji yang juga calon SPM 2023, Muhammad Ammar Che Noor Azam, bersyukur doanya untuk cemerlang sehingga mendapat semua A, dalam peperiksaan dimakbulkan Allah.
Tirai besi tak halang dua banduan dapat keputusan cemerlang
Berada di sebalik tirai besi tidak halang dua banduan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2023.
Kerajaan memperkenalkan mekanisma membiayai aktiviti pemuliharaan hutan
Mekanisme bukan berasaskan pasaran, Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC), diperkenalkan oleh kerajaan hari ini untuk membiayai aktiviti pemuliharaan hutan dan penjagaan alam sekitar yang lestari.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
'Daya tahan Ukraine terserlah ketika mendepani kepayahan, cabaran'
Hari ini menandakan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine sudah menjangkau dua tahun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024
Maghribi pada Rabu dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tahun 2024.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki Rohingya tak mengaku amang seksual anak saudara
Seorang lelaki etnik Rohingya menangis selepas Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonannya untuk diberikan jaminan atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya, 2 November lalu.
114 juta penduduk dunia hilang tempat tinggal - PBB
Antara faktor utama pemindahan secara paksa itu, termasuk keganasan, kemarau, banjir dan keadaan yang tidak aman.