ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Jun 2026.
Kemelut PN: Tidakkah Bersatu-Pas sedih lihat perpecahan politik Melayu?
Hubungan Pas dan Bersatu kini bagai destar habis, kopiah luluh, selepas beberapa siri kenyataan daripada kedua-dua pihak yang melebarkan lagi jurang perseteruan dua parti utama Perikatan Nasional (PN) itu.
Bapa melecur 10 peratus, anak sesak nafas kebakaran rumah teres di Klang
Seorang bapa melecur pada bahagian kepala dan pergelangan tangan, manakala anak lelakinya mengalami sesak nafas selepas rumah teres dua tingkat yang didiami mereka di Taman Seri Istana Hills, Klang, terbakar awal pagi tadi.
Kes bekas PAT guna kedudukan, pecah amanah: Sebutan semula 5 Ogos, dokumen jilid ketiga diserah
Sebutan semula kes bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar yang berdepan empat pertuduhan termasuk menggunakan kedudukan dan pecah amanah wang berjumlah RM3 juta bersambung pada 5 Ogos depan.
- Perbicaraan kes bekas MB Perlis selesai, 21 orang saksi beri keterangan
Perbicaraan kes membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, selesai selepas seramai 21 saksi memberikan keterangan.
Tertuduh mengaku bersalah atas lima pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya, tahun lepas.
Jenazah suami Nancy Shukri selamat dikebumikan di Kuching
Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di Kuching petang Jumaat.
- Royalti lebih RM360,000 diserah kepada waris Allahyarham Sudirman
Waris Allahyarham Datuk Sudirman Arshad menerima bayaran royalti berjumlah RM367,305.19 daripada Universal Music Malaysia dalam satu majlis penghargaan legasi seniman itu di sini pada Khamis.
- PH hormati kuasa Sultan Johor lantik Menteri Besar
Pakatan Harapan (PH) menyatakan komitmen menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 serta kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
- Perkongsian Malaysia-Turkmenistan model kerjasama Global Selatan - PM Anwar
Perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan Turkmenistan mencerminkan komitmen bersama terhadap kerjasama jangka panjang yang melangkaui kepentingan komersial semata-mata.
Pelajar maut di sekolah: Tiada unsur buli setakat ini - KP Pendidikan
Tiada unsur buli dikesan setakat ini dalam kejadian membabitkan pelajar perempuan tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Seremban