ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Ogos 2026.
- Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta
Jabatan Imigresen Malaysia menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun sehingga isu berkaitan diselesaikan bersama syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
- RCI Tabung Haji: 10 individu direkodkan keterangan semula
Seramai 10 individu termasuk yang pernah dipanggil sebelum ini, direkodkan keterangan semula bagi mendapatkan maklumat tambahan susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Lembaga Tabung Haji.
- Kehilangan 43 barang kemas: Rosmah dapat tangguh bayar RM67.5 juta
Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini untuk menangguhkan pembayaran RM67.46 juta berhubung kehilangan 43 barang kemas kepada syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan.
Selepas pulihkan kerugian RM13 bilion Tabung Haji, PM disaran tumpu Felda, MARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus badan berkanun lain termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), selepas berjaya memulihkan kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH).
Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia 16 bulan hujung bulan lalu.
Rakyat Malaysia bakal nikmati data 10 GB percuma sempena HKHM 2026 - Fahmi
Rakyat Malaysia bakal menikmati Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026, iaitu 10GB data secara percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.
- Laporan RCI Tabung Haji diserah kepada agensi penguat kuasa – Fahmi
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) diserahkan kepada agensi berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk melakukan siasatan penuh berdasarkan semua dapatan serta maklumat yang dimaktubkan dalam laporan berkenaan.
- Jerebu: Satu kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat, 11 stesen rekod tidak sihat
Sebanyak 12 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat setakat 3 petang tadi susulan fenomena jerebu yang melanda negara sejak 8 Ogos lepas.
- Lelaki Singapura masuk Malaysia secara tidak sah diculik, diperas ugut kumpulan sindiket
Seorang lelaki warga Singapura yang dikehendaki pihak berkuasa republik itu melarikan diri ke Malaysia menerusi laluan tidak sah sebelum akhirnya diculik dan menjadi mangsa pemerasan sebuah kumpulan sindiket.
- “Alhamdulillah, back home”, Anwar kembali ke rumah selepas jalani pembedahan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke rumah beliau selepas selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia, pada Isnin (10 Ogos).