ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Ogos 2026.
Permohonan penggajian pekerja asing dilaksana sepenuhnya dalam talian bermula hari ini
KESUMA memaklumkan pendigitalan proses terbabit tidak bermaksud syarat penggajian pekerja asing dilonggarkan.
PM Anwar terima pingat kebesaran kerabat Brunei
Istiadat pengurniaan darjah yang membawa gelaran Dato Laila Utama diadakan di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.
JPBD Sandakan isytihar penamatan bencana kebakaran Kampung Nunuyan Laut
Dengan pengisytiharan itu juga pusat pemindahan sementara Masjid Al Fattah, Kampung Nunuyan Laut ditutup.
Sukuk RM11.5 bilion Tabung Haji bukan 'bailout' baharu - Nungsari
Sukuk yang diterbitkan UJSB itu merupakan pembaharuan sukuk yang telah matang daripada langkah penyelamatan kewangan (bailout) Tabung Haji (TH) sebelum ini dan bukan yang baharu.
Kesilapan BN masih boleh diperbetulkan, PH teruk lagi - Abdul Hadi
Presiden Pas berpandangan kesilapan yang pernah dilakukan Barisan Nasional (BN) pada masa lalu masih boleh diperbetulkan.
ALC-27: Malaysia, Brunei guna mekanisme ASEAN tangani isu jerebu - PM Anwar
Menteri Luar dan menteri berkaitan telah diminta mengambil langkah susulan dengan Sekretariat ASEAN bagi menggunakan mekanisme terbaik yang tersedia di peringkat serantau.
Pemansuhan AUKU perlu penelitian menyeluruh kerangka pendidikan tinggi
Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sekadar melibatkan kepentingan mahasiswa, sebaliknya memerlukan penelitian menyeluruh terhadap kerangka perundangan pendidikan tinggi sebelum akta baharu digubal bagi menggantikannya.
Kerajaan tidak akan ambil alih Datasonic Technologies - MKN
Kerajaan MADANI tidak bercadang mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), syarikat yang menyediakan sistem identiti nasional serta membekalkan dokumen identiti dan dokumen keselamatan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).
‘Uncle Anwar’ tak mahu hampakan anak-anak Taska As Sakeenah
Semalam mencuri perhatian kerana dipanggil ‘Uncle Anwar’, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan jemputan seorang murid Taska As Sakeenah ke Hari Usahawan Cilik tidak dibiarkan begitu sahaja.
Ubi kayu nuklear matang awal, sasar dikomersial dalam dua tahun
Agensi Nuklear Malaysia berjaya menghasilkan beberapa potensi baka baharu ubi kayu menerusi aplikasi teknologi nuklear yang mampu dituai dalam tempoh enam bulan, hampir separuh daripada tempoh 11 hingga 12 bulan bagi varieti tempatan.