Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Ogos 2026.

  1. PRN Melaka: Kerjasama PN-BN hampir capai persefahaman - Takiyuddin

    Takiyuddin berkata perbincangan awal antara kedua-dua pihak menerima maklum balas yang baik daripada BN.

  2. Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi meninggal dunia

    Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi. 

  3. Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang WPKL, Putrajaya buka tirai hari ini - Fahmi

    Konvoi yang bermula di Pasar Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai itu akan menjelajah enam lokasi persinggahan sekitar ibu negara hari ini.

  4. Polis lancar Op Tutup buru 10 PATI lari dari depot imigresen Tanah Merah

    Kesemua individu yang melarikan diri terdiri daripada tujuh warga Thailand, seorang warga Indonesia, seorang warga Bangladesh dan seorang etnik Rohingya.

  5. Walaupun bekas pengerusi sudah jalani hukuman, PM perlu terus arah siasatan Felda- Zahid

    Kerugian kira-kira RM9 bilion yang ditanggung Felda memerlukan siasatan terperinci termasuk audit forensik.

  6. ADUN Pitas sekeluarga lafaz syahadah peluk Islam

    Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas.

  7. UIAM tamatkan khidmat Dr Solehah 27 April lalu

    Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah ditamatkan pada 27 April lalu.

  8. Piala Srikandi Merdeka: Malaysia benam Jordan 4-0, akhiri saingan di tempat ketiga

    SKUAD wanita bawah 17 tahun (B-17) Malaysia menutup kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 dengan bergaya apabila membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

  9. Serangan tiga wilayah selatan Thailand: Tiada maklumat militan, gerila masuk Kelantan - PGA

    Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesahkan tiada maklumat mengenai cubaan militan atau gerila dari selatan Thailand memasuki Kelantan setakat ini, susulan siri pengeboman dan insiden keganasan yang berlaku serentak di tiga wilayah selatan Thailand malam tadi.

  10. 'Aku dah terkena ni' - Sarjan APM sempat cuci jari, simpan ular sebelum rebah

    “Aku dah terkena ni.” Itu kata-kata terakhir Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin kepada pasukannya selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.

Must Watch Video

Advertisement