Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Ogos 2026. 

1. Dr Solehah Yaacob heret UIAM ke Mahkamah Perusahaan

Dr Solehah Yaacob akan mencabar penamatan perkhidmatannya oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Mahkamah Perusahaan selepas mendakwa beliau dipecat dalam tempoh hanya 24 jam tanpa diberi peluang membuat rayuan.

2. Menteri Pendidikan dahului senarai penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Melaka

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengetuai senarai 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran bersempena dengan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.

3. 10 pengunjung cedera kemalangan 'roller coaster' di Subang Jaya

Sepuluh pengunjung cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya, pada Sabtu malam.

4. PRN Melaka: Samsuri beri bayangan jajaran baharu menuju Seri Negeri

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memberi bayangan kemungkinan terbentuknya kerjasama politik baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

5. Permohonan SPRM lucut RM21.1 juta, jongkong emas Aman Palestin ditolak

Pihak pendakwaan gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang yang dibekukan, masing-masing berjumlah RM21.1 juta dan AS$139,650.68 selain sebuah jongkong emas seberat satu kilogram milik pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad di Mahkamah Tinggi pada Isnin.

6. Ruang udara ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan, penerbangan Malaysia Airlines dijadual semula

Malaysia Airlines Bhd akan menjadualkan semula penerbangan terpilih yang tiba dan berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

7. Jangan terlalu kongkong industri filem tempatan, elak kreativiti ‘dikurung’ - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pendekatan kerajaan terhadap industri perfileman negara lebih terbuka dan lunak, termasuk dalam proses kelulusan karya, bagi memastikan kreativiti penggiat seni tidak dibelenggu sekatan berlebihan.

8. Filem PG-18 tidak lagi dipotong, LPF bergerak secara progresif - FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyokong pendekatan lebih terbuka dalam proses penapisan karya bagi memastikan industri perfileman negara dapat berkembang dengan kreatif dan kompetitif.

9. Malaysia rekod lebih 21 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi separuh pertama 2026

Malaysia merekodkan lebih 21 juta ketibaan pelawat antarabangsa pada separuh pertama 2026, meningkat 2.5 peratus meskipun ketegangan geopolitik di Asia Barat menyebabkan 4,111 penerbangan berjadual ke negara ini dibatalkan.

10. Strategi Rasulullah SAW kekal jadi rujukan dalam usaha islah negara - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus berusaha melakukan perubahan dan islah terhadap Malaysia dengan menjadikan strategi Rasulullah SAW dalam mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun lepas sebagai rujukan.

 

Must Watch Video

Advertisement