Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Ogos 2026.

1. Kecederaan pada pelbagai bahagian badan punca kematian pelumba Malaysian Cub Prix - Polis

Kecederaan pada pelbagai bahagian badan akibat kemalangan motosikal, menjadi punca kematian pelumba Cub Prix Farres Putra Mohd Fadhil, di Litar Permotoran Gong Badak, petang Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor.

2. Jerebu: Tiga kawasan di Sarawak catat bacaan IPU tahap bahaya

Kawasan Serian, Samarahan dan Kuching mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari ini.

3. PKR Melaka umum calon PRN lebih awal

PKR Melaka berhasrat mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri akan datang lebih awal bagi memberi ruang kepada muka baharu membuat persiapan secukupnya sebelum berdepan pengundi, kata Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Adam Adli Abdul Halim.

4. Banjir Nepal: Malaysia salur AS$1 juta, hantar pasukan SMART

Kerajaan akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa banjir serta menyokong usaha pemulihan pascabencana di negara itu.

5. PM umum BUDI95 kembali 300 liter, antara 6 ikhtiar segera sempena Hari Kebangsaan

Kerajaan bersetuju mengembalikan had kelayakan asas subsidi petrol BUDI95 sehingga 300 liter sebulan, yang menjadi antara enam inisiatif segera membantu rakyat yang diumumkan Perdana Menteri bersempena Amanat Hari Kebangsaan ke-69 hari ini.

6. Kerajaan tidak pernah abai, pinggir nasib M40 - PM

Kerajaan menegaskan komitmen berterusan untuk tidak meminggirkan golongan M40, sekali gus menepis kebimbangan kelompok pendapatan menengah itu terlepas daripada perhatian dasar kerajaan.

7. Waris mangsa hilang di Nepal diminta bersedia untuk ujian DNA

Waris rakyat Malaysia yang belum dapat dikesan susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal diminta bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu proses pengecaman identiti.

8. Hakim Danish raih tempat ke-12 di GP Aragon

Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada saingan Grand Prix (GP) Aragon di Sepanyol hari ini.

9. Dana rampasan rasuah berbilion ringgit dipulangkan untuk kesihatan, sekolah - PM

Kesemua dana dan aset bernilai berbilion ringgit yang dirampas daripada hasil aktiviti haram serta penyelewengan rasuah melalui proses perundangan, akan dipulangkan terus kepada rakyat, khususnya bagi memperkasa sektor pendidikan dan kesihatan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10. PRN Melaka: PH kekal terbuka berunding, sedia bergerak solo - Amirudin

Pakatan Harapan (PH) sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk bertanding secara bersendirian sekiranya rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), tidak mencapai kata sepakat.

Must Watch Video

Advertisement