ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 8 Jun 2020.

1) Tiada cadangan longgarkan sempadan negara selagi penularan COVID-19 tidak terkawal - Dr Noor Hisham

Kerajaan hanya akan mempertimbangkan untuk melonggarkan kawalan sempadan antarabangsa sekiranya Malaysia berjaya mengawal penularan COVID-19 sepanjang Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2) Isu harga tiket mahal akan dibincang - Ismail Sabri

Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.

3) KKM akui berlaku kesesakan muat turun aplikasi MySejahtera kerana e-dompet RM50

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui berlaku kesesakan pendaftaran bagi memuat turun aplikasi MySejahtera susulan pengumuman kredit RM50 e-dompet pengguna yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

4) Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok

Perincian tentang tarikh pembukaan sekolah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pelajaran, pada Selasa (9 Jun).

5) Kes baharu jatuh kepada satu digit! Ini tumpuan sidang media COVID-19

Malaysia mencatatkan sejarah apabila kes baharu COVID-19 jatuh kepada angka satu digit.

6) COVID-19: KKM cadang perluas klinik virtual, kurangkan kesesakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk memperluas pelaksanaan klinik virtual bagi mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan susulan penularan COVID-19.

7) MAH Kedah dan Perlis sedia terima kehadiran pelancong

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dalam dan luar negara dalam merancakkan lagi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.

8) SOP pematuhan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria (pasar) bermula 15 Jun ini secara berperingkat di lokasi terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

9) Kerajaan tumpu pematuhan SOP, bukan lagi kawalan pergerakan

Pihak berkuasa akan menumpukan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas ini dan tidak lagi memfokuskan kepada kawalan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

10) Rakyat Malaysia bekerja di Singapura akan dibenarkan berulang-alik - Ismail Sabri

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk kembali berulang-alik atas urusan kerja.