MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 13 Ogos 2020.
Pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi di pekan Napoh, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 hari ini.
Tiada lagi kompaun, sebaliknya akan terus dihadap ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Sekiranya ada individu yang sengaja melanggar kuarantin, mereka tidak lagi dikenakan kompaun, tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah.
Kluster Jupiter di Sarawak diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes positif COVID-19 dalam tempoh 28 hari.
‘Makcik gelang pink’ yang tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, dekat sini, baru-baru ini dijangka didakwa di mahkamah di sini, esok.
Satu kluster baharu COVID-19 telah dikenal pasti bertumpu di Mukim Tawar, Kedah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Selepas 16 hari dari tarikh perhimpunan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, tiada sebarang laporan diterima berhubung kemungkinan kes COVID-19 dari lokasi itu.
Kluster Jupiter di Sarawak diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes positif COVID-19 dalam tempoh 28 hari.
Aspek keselamatan dan kebersihan perlu sentiasa dititikberatkan oleh semua pihak sepanjang kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami