Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2020.
Rakyat Malaysia diseru supaya mengekalkan kemerdekaan negara yang telah dinikmati sejak 63 tahun lalu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, perisytiharan pada 31 Ogos 1957 lalu telah membuka lembaran baharu kepada tanah air sebagai sebuah negara yang merdeka, bebas dan berdaulat selepas dijajah selama ratusan tahun.
Satu kes kematian telah dicatat pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat pandemik itu di negara ketika ini ialah 126 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 17 kes baharu jangkitan COVID-19 turut direkodkan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berikrar untuk menjadikan Prihatin Rakyat sebagai prinsip panduan utama kerajaan Perikatan Nasional.
Tegas beliau, sebuah kerajaan yang baik mestilah sentiasa prihatin kepada rakyat, di mana kebajikan rakyat adalah perkara harus diutamakan.
Setiap kali menjelang detik 31 Ogos, kelibatnya pasti jadi buah mulut masyarakat di sini. Disebabkan keunikannya dia diberi jolokan Si Lelaki Bendera.
Iskandar Salus, seorang lelaki biasa yang punya semangat patriotisme yang luar biasa. Dia mempamerkan semangat cintanya pada negara dengan caranya tersendiri.
Meraikan sesuatu perayaan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19 kini tidak asing lagi di seluruh dunia.
Malah Malaysia juga tidak terkecuali mengamalkan pembudayaan baharu itu dalam sambutan Hari Kebangsaan yang ke-63 esok.
Sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke 63 tahun, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil semangat Allahyarham Tunku Abdul Rahman ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia.
Mengimbau detik itu, Perdana Menteri berdiri di tempat sama ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari Kebangsaan ke-63 yang disiarkan pada Ahad malam.
Sejumlah 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 27 individu diarah jalani perintah reman.
Kementerian Perpaduan Negara akan memastikan Kelab Rukun Negara diwujudkan di setiap sekolah di negara ini dalam usaha menerapkan lima prinsip Rukun Negara dalam diri pelajar.
Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata beliau juga akan memastikan usaha itu turut dilakukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerusi penubuhan Sekretariat Rukun Negara yang diperkenalkan pada 2008.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan kepada jemaah menteri bahawa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ke atas golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.
Beliau berkata, cadangan itu akan diusulkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan dan yakin ia akan disokong beberapa barisan menteri.
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun yang bekerja kilang itu sebelum menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan ke atas suaminya berumur 31 tahun pada 12.15 tengah malam tadi di Jalan Patani di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

