ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 7 Oktober 2020.
1) KKM tidak beri Muhyiddin gelang, hanya nasihat jalani kuarantin kendiri - PMO
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu memakai gelang pengawasan dalam tempoh kuarantin kendiri 14 hari ketika ini.
Ia berdasarkan keputusan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah membuat penilaian, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
2) SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.
3) Najib gesa kerajaan dakwa Khairuddin kerana langgar kuarantin
Kerajaan perlu segera mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di mahkamah kerana melanggar perintah kuarantin wajib, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata biarlah mahkamah yang menentukan menteri dari Pas itu bersalah atau tidak, selepas balik dari satu lawatan ke Turki pada Julai lalu.
4) Kompaun akan dikeluarkan serta-merta di lokasi, ini 5 tumpuan kenyataan media PKPP
Jabatan Peguam Negara membenarkan Polis Diraja Malaysia untuk mengeluarkan kompaun secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (7 Oktober 2020):
5) Hentikan sebentar perebutan kuasa, gesa Syed Saddiq kepada parti politik
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa kesemua parti politik untuk berdamai sementara waktu, dan memberi tumpuan usaha menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menurut pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tempoh berdamai yang dikenali sebagai “Pause Malaysia” itu amat perlu memandangkan situasi masa kini agak kritikal dan mendesak kepada rakyat.
6) PKPB empat zon merah di Sabah dan Selangor mulai 9 Oktober
Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
7) "Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines harus dibubarkan kerana sudah tidak boleh diselamatkan lagi, kata Penganalisis Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof.
"Malaysia Airlines sudah lama berdepan masalah dan sukar dibaiki. Dengan penularan COVID-19, kewangan syarikat itu semakin sukar diatasi.
8) Peguam dakwa pegawai penyiasat kes rasuah Rosmah tidak cekap, terlalu pasif
Pegawai penyiasat kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, didakwa tidak cekap dalam mengendalikan siasatan kes membabitkan isteri bekas perdana menteri itu.
Ketika menyoal balas Noornabilah Mohd Azman, 30, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah juga mendakwa saksi ke-23 pendakwaan itu “terlampau pasif”.
9) COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 489 kes baharu positif COVID-19 setakat Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 13,993.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah kembali mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 282 kes dengan jumlah keseluruhan kes di Sabah kini sebanyak 3,020 kes.
10) COVID-19: Semua sekolah di zon merah akan ditutup mulai esok hingga 23 Oktober
Semua sekolah di daerah Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah yang diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19 akan ditutup bermula esok hingga 23 Oktober 2020.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini, hampir 400 sekolah ditutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di semua daerah itu.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Oct 07 2020
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 7 Oktober 2020.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.