ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 November 2026.
Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis - SPR
Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 Nov manakala pengundian awal pada 8 Dis, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
KBS beri kelulusan bersyarat bagi penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026
Kementerian Belia dan Sukan memberikan kelulusan bersyarat bagi penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan dari 10 hingga 13 Dis.
Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipandang ringan atas dasar persahabatan.
Tak pernah makan ubat tahan sakit sebanyak itu – Ustaz Wadi Annuar dedah tulang rusuk patah empat
Pendakwah Ustaz Wadi Annuar mendedahkan mengalami kecederaan lebih serius selepas menjalani pemeriksaan CT Scan susulan kesakitan berpanjangan akibat kemalangan pada 22 Okt lalu.
Sumbang mahram: Bapa dipenjara 12 tahun, disebat lima kali
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berusia 13 tahun 10 bulan semasa kejadian, di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras pada November 2020.
Tahanan rumah Najib ditangguh sementara tunggu penjelasan undang-undang – AGC
Penangguhan dibuat susulan persoalan perundangan berkaitan status baki hukuman penjara Najib selepas pembayaran denda RM50 juta bagi kes SRC International.
PRN Melaka: Manifesto BN-PN tawar 20 komitmen, 113 inisiatif
Ia meliputi aspek perumahan, kos sara hidup, pendidikan, peluang pekerjaan, kebajikan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Tahanan rumah Najib: Pembelaan bantah AGC, dedah kediaman Jalan Langgak Duta sudah diwarta penjara
Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak membantah sekeras-kerasnya kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mendakwa perintah tahanan di rumah bagi bekas perdana menteri itu "ditangguhkan buat sementara waktu".
Kelulusan kemasukan pekerja asing boleh dipercepatkan dengan syarat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan itu perlu berdasarkan keperluan sebenar industri dengan syarat syarikat tersebut komited mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing melalui mekanisasi.