ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 25 November 2020.

1. Bahaya kalau buat Pilihan Raya Umum ke-15 sekarang - Tun Mahathir

Keputusan membuat pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 ketika ini merupakan satu perkara yang merbahaya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Mungkin Belanjawan 2021 diluluskan, harap kerajaan dengar teguran - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada kemungkinan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh diluluskan di Dewan Rakyat.

3. Saya tidak pernah halang Anwar untuk jadi PM - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mempunyai niat untuk menghalang Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui pentadbiran seterusnya.

4. COVID-19: 970 kes baharu, empat kematian dalam tempoh 24 jam

Sebanyak 970 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 59,817 kes.

5. PKPD Top Glove: Pasukan khas ditubuhkan selaras gerak kerja

Satu pasukan khas diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove.

6. Program Isolasi Pekerja Kargo KLIA bermula esok

Kerajaan bersetuju menjalankan program isolasi melibatkan 360 pekerja MAS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif.

7. PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.

8. PKPD di semua taman perumahan mukim Sungai Seluang, Kulim - Ismail Sabri

Taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula 27 November.

9. Top Glove diarah saring, kuarantin 2,263 pekerja tinggal luar kawasan PKPD

Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) diarah melakukan saringan COVID-19 ke atas 2,263 pekerjanya yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

10. UM kekal terbaik, sembilan universiti lain turut tembusi senarai ranking 110 Asia

Universiti Malaya mencatat sejarah apabila berjaya disenaraikan dalam 10 universiti terbaik di Asia buat kali pertama.