MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 10 Disember 2020.
Kes COVID-19 dalam negara kembali meningkat kepada empat angka, dengan sebanyak 2,234 lagi disahkan pada Khamis.
Daripada 2,234 lagi kes positif COVID-19 yang disahkan pada Khamis, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan rekod kes harian sebanyak 1,428 kes (63.9 peratus).
Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada jam 11.20 pagi ini.'
Krisis politik hingga menyebabkan pertukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan.
Sebaliknya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu merupakan cerminan kepada kegagalan sebuah pentadbiran.
Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang Khamis.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba diarahkan menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga 18 Disember.
Berbanding masyarakat di negara lain, rakyat Malaysia hampir sebulat suara percaya bahawa suntikan vaksin untuk penyakit berjangkit harus diwajibkan kepada semua orang, mengikut satu tinjauan.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.
Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mandi bersama rakannya di sungai Kampung Sabah Baru, di sini kira-kira 1.30 petang Khamis.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengumumkan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) – Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami