ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 18 Januari 2021.

1. COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag

Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia yang menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin (18 Januari), sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan.

3. Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh penggal berakhir pada 2021, kata bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

4. Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19

Menantu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan positif COVID-19.. Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di laman Facebooknya.

5. Penjawat awam ingkar PKP bakal dikenakan tindakan - KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengingatkan 1.6 juta penjawat awam akan dikenakan tindakan sekiranya mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

6. PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 19 Januari (esok) sehingga 1 Februari 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

7. PKP 2.0: Kerajaan umum pakej PERMAI bernilai RM15 bilion

Kerajaan hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI dalam usaha memulihkan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Buletin AWANI Khas: PKP 2.0 | Pakej Bantuan Khas


8. COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian

Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 161,740, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

9. Sarawak luluskan RM30 juta bagi bantu pelajar lunas pinjaman PTPTN

Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta bagi membantu pelajar negeri itu membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

10. Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu

Lima individu ditahan bersama dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melalui penugasan Ops Benteng (ATIPSOM) di kawasan lapang sebuah ladang kelapa sawit Batu 10, Jalan Apas, Tawau pada Khamis.