MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Februari 2021.
Majoriti rakyat Malaysia nampaknya terus hidup dalam keadaan tidak yakin berkait daya maju ekonomi negara dan kemampuan kerajaan memimpin negara ke arah yang betul.
Dianggarkan lebih 30,000 keluarga daripada 1.8 juta penduduk di ibu negara memiliki pendapatan di bawah RM2,200 dan berada di bawah garis kemiskinan serta memerlukan bantuan yang sewajarnya.
Sebagai calon tunggal Asia, juara dunia sebanyak lapan kali itu, ternyata unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian dibuka pada 8 Jan lalu apabila menerima 318, 943 undi, kelebihan 200,000 undi daripada pencabar terdekat.
Malaysia merekodkan sebanyak 4,214 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 219,713 kes.
Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti di mana sembilan daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, sementara tiga kluster dari kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster dari penularan komuniti.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan, Malaysia dijangka menerima bekalan fasa pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan kenyataan tular yang mengatakan seorang sukarelawan bernama Adam Loh, adalah individu yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Sungai Udang, Melaka dan kuarters kakitangannya, bermula 3 Februari sehingga 16 Februari.
Biarpun terdapat banyak isu berkaitan pencabulan hak asasi manusia melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya, ia bukan alasan untuk pihak tentera mencetuskan lagi situasi tegang seperti yang sedang berlaku di Myanmar sekarang ini.
Itu nada sayu Norlida Abu Hassan, 50, ibu angkat kepada kanak-kanak malang yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami