ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.

1)  Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram

Hakim berkata, pertuduhan terhadap Abdul Azeez tidak cacat walaupun empat projek berasingan digabungkan dalam satu pertuduhan kerana suapan yang diterima adalah berkenaan kesemua projek tersebut. 

2) Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin 

Mesyuarat penubuhan akan diadakan pada tarikh tersebut melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan, negeri Pahang.

3) #NoToLanun: Penguatkuasaan perlu diubah, mudahkan layari OTT

Aktivis Low Ngai Yuen berkata, cabaran yang mendepani pengkarya seni pada zaman teknologi canggih ketika ini memerlukan proses penguatkuasaan yang berkesan.

4) Ibarat tsunami...

Itu gambaran diberikan penduduk Taman Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, di sini apabila tangki air taman perumahan tersebut runtuh menyembah bumi dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat.

5) Tidak perlu turun ke jalan raya, cuma turunkan tandatangan tamatkan darurat - Khalid Samad

Sebuah badan bebas yang dikenali dengan Jawatankuasa Tamatkan Darurat melancarkan petisyen untuk memohon agar darurat ditamatkan dengan segera. Pengerusinya, Khalid Samad menjelaskan jawatankuasa yang diterajuinya itu tidak berhasrat mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya

6) Dr Mahathir sokong petisyen tamatkan darurat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menyokong petisyen oleh Jawatankuasa Tamatkan Darurat yang merayu agar Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat.

7) Ordinan Darurat untuk cepatkan penguatkuasaan, siasatan, pendakwaan berita palsu - Saifuddin

Pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 adalah bagi mempercepatkan proses penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan bagi mereka yang terbabit menghasilkan berita tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

8)  COVID-19: Malaysia catat 1,575 kes positif, tiga kematian

Malaysia merekodkan 1,575 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 320,939. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

9) Jangan cemas, individu dikompaun RM10,000 langgar SOP boleh buat rayuan - Ismail Sabri

Nilai kompaun maksimum RM10,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuat kuasa semalam, hanya untuk kesalahan berulang, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

10) PM peroleh perintah mahkamah halang Puad terbit kenyataan fitnah

Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ad interim yang dimohon Tan Sri Muhyiddin Yassin sementara menunggu perbicaraan injunksi inter-parte pada 24 Mei.