MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 April 2021.
Polis berkata suspek ditahan dan didapati mempunyai 19 rekod saman lampau individu bagi kesalahan trafik selain tiga rekod saman lampau bagi bas yang dipandunya itu.
Tidak ada pertembungan kerusi antara UMNO, Bersatu dalam PRU15 - Bung Moktar
2. Pergolakan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlaku di semenanjung Malaysia tidak memberi kesan kepada keadaan politik di Sabah.
Pihak yang melakukan pencemaran sisa buangan terjadual mungkin berdepan hukuman denda lebih berat sehingga RM15 juta, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Isteri kepada mangsa bunuh depan sebuah rumah setinggan di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini pada Jumaat direman selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berusia 30an itu direman mulai Sabtu sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan optimis Pas akan tetap memperkukuhkan hubungan dalam Muafakat Nasional (MN) dan tidak akan berpisah dengan UMNO.
Shahril menegaskan hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua parti itu dilihat sudah kukuh, bukan sahaja dalam barisan pemimpin, tetapi juga di peringkat akar umbi.
Pasangan selebriti popular, Syamel dan Ernie Zakri yang baharu mendirikan rumah tangga minggu lalu, meraikan perkahwinan dalam majlis resepsi yang diadakan malam tadi.
Bukan itu sahaja, majlis yang berlangsung di Bayswater, KLCC itu turut dimeriahkan dengan kemunculan single terbaharu mereka berjudul "Goodbye Hello".
Bersatu menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyegerakan pelaksanaan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Brunei bagi lawatan kerja dua hari di Bandar Seri Begawan.
Ketibaan beliau dan Isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disambut pada pukul 4 petang.
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif jangkitan COVID-19 dengan 1,349 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia sekali gus menjadikan hari ini hari keenam berturut-turut Malaysia merekodkan kes empat angka, selepas mencatat 941 kes pada 29 Mac lalu, yang juga angka terendah pada tahun ini.
Malaysia akan terus menggunakan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kerana insiden membabitkan vaksin itu jarang berlaku maka manfaatnya melebihi risiko, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami