MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, ketiga-tiga parti itu harus memikirkan persoalan jangka panjang, sedia bertolak ansur dan berkongsi kuasa secara kolektif.
Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
2. Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata, selain membuat laporan polis yang akan mengambil sedikit masa, bersumpah atas nama Allah boleh meredakan kecaman orang ramai.
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.
Dalam insiden kira-kira jam 8.30 malam, Mu'tahal Assalami maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang 'pakar audio dan video'
Genap dua minggu berturut-turut, Malaysia merekodkan kes positif COVID-19 empat angka selepas 1,317 lagi jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Negara mungkin berdepan gelombang keempat COVID-19 susulan situasi semasa peningkatan nilai R-Naught (RO) dan pertambahan kes harian di beberapa buah negeri ketika ini.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Selasa, 13 April), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Kerajaan membenarkan kedai makan, warung, gerai, perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang bulan Ramadan.
Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami