ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 April 2021.

1. 9 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin - KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

2. Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan

Lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan sebuah iklan mempromosi aktiviti perjudian dalam talian sempena Hari Raya ditahan polis pada Jumaat.

3. Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15 - Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau berkemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya terdapat banyak permintaan daripada penyokong setianya.

4. Lagi iklan judi raya dikesan tular

Satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial hari ini. Video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.

5. Enam pemain di ABM positif COVID-19 - BAM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan beberapa pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) positif COVID-19.

6. Langgar SOP: Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu depan

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia selepas pihaknya menerima arahan bagi melengkapkan beberapa perkara dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.

7. 99 pelajar sekolah menengah di Selangau, Sarawak positif COVID-19

Seramai 99 pelajar sekolah menengah di Ulu Balingian, Selangau, didapati positif COVID-19 pada Sabtu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sabtu.

8. Judi raya: Video kedua dipercayai dari pihak produksi sama - Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, siasatan awal mendapati pelakon dalam video pertama dan kedua saling mengenali.

9. COVID-19: 2,331 jangkitan baharu, Selangor dan Kuala Lumpur rekod 1,003 kes

Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331 kes, menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini ialah sebanyak 372,859 kes.

10. Kereta dirempuh pemandu lawan arus, isteri meninggal dunia, suami dalam ICU

Wanita yang parah selepas kereta dinaiki bersama suami dan anaknya dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu , meninggal dunia hari ini.