MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.
Seramai tiga individu disyaki terlibat dalam pembikinan dua lagi video promosi judi dalam talian ditahan di sekitar ibu negara pada Isnin.
Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
2. Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Sudah tiba masanya negara mengubah strategi dasar industrialisasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanya selepas beberapa hari ditayangkan, filem '18 Puasa di Kampong Pisang' dicetak rompak dan ditayangkan secara haram menerusi platform media sosial.
Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana 'honeymoon' dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
Hujah pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akaun bank beliau dimanipulasi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low sehingga terdapat wang RM42 juta di dalamnya, tidak boleh diterima Mahkamah Rayuan diberitahu .
enazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang
Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentukan kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama dengan kerajaan menjangka pemberian vaksin membabitkan kumpulan itu selesai hujung bulan ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami