MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 April 2021.
Polis menahan dua penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang, pada Isnin lalu.
Apple lancar produk baharu, AirTag tarikan utama
2. Apple melancarkan beberapa produk baharu dalam satu pengumuman pada awal pagi Rabu yang berlangsung selama sejam.
Seorang pengusaha char kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 133.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) lewat petang Selasa.
Akibat sering dibuli di tempat kerja, seorang lelaki bertindak mengajak beberapa individu untuk membunuh rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan, Subang di sini, Ahad lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Ad-hoc Datuk V Sithambaram berkata, bukti yang diperolehi jelas menunjukkan bagaimana wang dalam akaunnya dibelanjakan untuk membeli barangan mewah di Hawaii, Amerika Syarikat, dan Itali, termasuk membaikpulih kediaman peribadinya.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini pada Rabu, disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berhasrat memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2019 ekoran isu Lynas.
Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan.
Negeri Sabah kembali mencatatkan kes COVID-19 tiga angka pada hari ini dengan 172 kes positif baharu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Kota Kinabalu menjadi penyumbang kes tertinggi dengan 83 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami