ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 April 2021.
1. Pukul pengawal peribadi: Ahli perniagaan, pembantu mengaku tidak bersalah
Seorang ahli perniagaan dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan, bersubahat dan dengan niat melukakan perasaan keagamaan terhadap dua pengawal peribadi di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 13 April lalu.
2. Anwar gagal peroleh kebenaran mahkamah cabar Ordinan Darurat
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis gagal memperoleh kebenaran mahkamah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.
3. Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lepas.
4. COVID: Fasiliti hospital, PKRC Kelantan penuh, petugas kesihatan tidak mencukupi - Exco
Situasi semasa COVID-19 di Kelantan yang menyaksikan peningkatan ketara kes baharu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 di negeri ini sudah penuh.
5. Rakyat Amerika dinasihat tidak masuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyat negara itu supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia.
6. Bantuan khas RM500 sempena Aidilfitri buat penjawat awam, RM250 kepada pesara
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
7. Agong perkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat menghadap serah memorandum
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap dan menyerahkan memorandum kepada baginda di Istana Negara.
8. Statistik melonjak, Malaysia rekod 2,875 kes baharu COVID-19, Kelantan paling tinggi
Statistik COVID-19 di negara ini terus melonjak dengan 2,875 kes baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kini 384,688 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9. Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan 'notis merah' terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang mengetuai sindiket 'Geng Nicky' dan juga pembantunya.
10. Kerajaan sambung pajakan tanah SMK Convent Bukit Nanas 60 tahun lagi
Kerajaan mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola sekolah tersebut selepas meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK CBN kepada pendidikan negara sejak 1899.
Astro Awani
Thu Apr 22 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 April 2021.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.