MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 April 2021.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju menyelaraskan pengagihan dividen dengan nilai keseluruhan RM189.08 juta melalui RISDA dan FELCRA Bhd, kata Perdana Menteri.
Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin
2. Langkah mengenakan kompaun di bawah Akta 342 mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung klip audio yang didakwa antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.
Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun RM60,000 kerana melangggar SOP PKPB pada majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Seorang ibu yang bingung dengan kengganan anaknya untuk terus bersekolah di sebuah pusat tahfiz di sini akhirnya menemukan jawapan yang memeranjatkannya.
Tangkapan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' itu membabitkan 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
7. Tiada bukti Kabinet dipengaruhi untuk luluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International - Peguam
ujah pendakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mempengaruhi Kabinet bagi membolehkan SRC International mendapat dana RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), adalah sesuatu yang gagal dibuktikan, kata Ketua Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau hanya akan berpegang kepada kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO mengenai sebarang keputusan khususnya bagi menteri dan timbalan menteri dari parti itu untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432).
Selepas kecoh peniaga burger dikompaun RM50,000 di sebuah kampung di sini, pada Ahad malam, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami