ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mei 2021.


1. COVID-19: Penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang lebih 90 peratus - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, enam hospital yang mempunyai katil ICU khusus bagi merawat pesakit COVID-19 dilaporkan melebihi ambang amaran iaitu 70 peratus penggunaan.


2. Saya tidak berhasrat kekal lebih lama - Hamid Bador

Sepanjang tempoh dua tahun menerajui PDRM, beliau terkilan kerana tidak dapat melawat Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan masalah-masalah pasukan di sana.

3. Campur tangan politik: Asingkan skop tugas dan agihan kuasa - Penganalisis

Kuasa politik seharusnya lebih kepada aspek dasar, hala tuju dan strategi, sementara urusan pentadbiran, susun atur penempatan kakitangan dan kemajuan kerjaya, sebaiknya tidak usah dicampuri.

4. Vaksin AstraZeneca: Ramai syukur berjaya buat tempahan sukarela

Tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata yang berjaya menetapkan tarikh mengambil tangkap layar makluman 'Tahniah' di laman pendaftaran berkenaan.

5Campur tangan politik sejak dahulu lagi - Musa Hassan

Campur tangan ahli politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa berlaku sejak dahulu sehingga mengganggu operasi perkhidmatan pasukan itu.

6. Tak sampai empat jam, 268,000 vaksin AstraZeneca sudah habis ditempah - KJ

Tidak sampai empat jam pendaftaran dibuka, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.

7. Malaysia-Singapura setuju laksana Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian

Malaysia dan Singapura mencapai kata sepakat untuk melaksanakan Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian (DCEV) membabitkan pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

8. COVID-19: Kes baharu kembali lepasi angka 3,000, Selangor kekal tertinggi

Sejumlah 3,418 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes.

9. Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India

Malaysia mengesan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 yang dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara.

10. COVID-19: 30 lagi VOC babitkan varian Afrika Selatan, UK dikesan di Malaysia - Dr Adham

Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan (B.1.351) dan tiga kes bagi varian United Kingdom (B.117).