ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Mei 2021.
1. Isu Palestin: Sesi Khas PBB kejayaan rakyat Malaysia tekan komuniti dunia - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, keputusan Presiden UNGA mengadakan sesi khas UNGA di New York merupakan hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin negara Islam di Asia Tenggara.
2. 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114 juta dirampas dari Pavillion Residences
Hakim berkata, Pejabat Peguam Negara gagal membuktikan kebarangkalian kemungkinan wang RM114 juta itu dari 1MDB.
3. Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB
Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah dakwaan gagal membuat imbasan MySejahtera ketika masuk ke sebuah premis di Nilai pada 2 Mei lalu.
4. Ziarah raya: Kertas siasatan keluarga selebriti langgar SOP sudah lengkap - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
5. Persatuan perniagaan bantah sekatan sepenuhnya, mahu SOP lebih ketat, percepat program vaksinasi
Selepas melalui keperitan daripada pelaksanaan kawalan sekatan pergerakan sepenuhnya tahun lepas, persatuan dan persekutuan merangkumi pelbagai perniagaan mengambil keputusan sebulat suara tidak bersetuju terhadap langkah sekatan secara total.
6. COVID-19: Rekod tertinggi dicatat hari ini 6,806 jangkitan baharu, 59 kematian
Kes harian COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 6,806 jangkitan baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 492,302.
7. Rakyat mahu kerajaan segerakan PKP penuh di Selangor
Keperluan mengadakan PKP penuh di Selangor berikutan kebimbangan dengan graf peningkatan kes COVID-19 yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan 1.14 setakat Rabu.
8. OBYU/ 1MDB: Tempoh 24 jam untuk kerajaan pulangkan aset RM114 juta kepada Najib, UMNO - Shafee
Ketua Peguam Bela bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sekiranya Jabatan Peguam Negara berterusan menyimpan aset dan dana itu, tindakan itu akan dikira tidak sah di sisi undang-undang.
9. PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan PKP itu merupakan antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
10. Sumbangan 2 juta dos vaksin: Syarikat nafi cuba 'scam' kerajaan Pulau Pinang
Wakil sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang terbabit dalam isu dikatakan penipuan sumbangan bekalan vaksin COVID-19 kepada kerajaan Pulau Pinang, hari ini, tampil menafikan perkara itu.