ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Mei 2021.

1. Siapa ingin bawa masuk vaksin Sinopharm boleh daftar dengan NPRA - Khairy

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin mengesahkan terdapat beberapa pihak dalam negara yang sedang cuba mendaftarkan vaksin Sinopharm dihasilkan syarikat dari China. 

2. Usah angan-angan, Israel tidak akan ubah cara mereka - Tun Mahathir

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika ini, negara-negara Islam ditindas kerana dilihat sebagai pihak yang lemah, oleh itu, mereka perlu bersatu. 

3. Kerajaan tidak kawal pembelian vaksin, keutamaan diberikan kepada PICK - Khairy

Bekalan vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan perlu diutamakan berbanding pembelian oleh pihak swasta atau individu lain, kata Khairy Jamaluddin.

4. Penggunaan katil ICU COVID-19 cecah 83 peratus di seluruh negara - Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkata, keadaan itu membuatkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

5. AirAsia X rugi RM5.6 bilion, jangka buang lebih ramai pekerja

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X Bhd (AAX), dijangka membuang lebih ramai pekerja selepas merekodkan kerugian bersih RM5.6 bilion bagi suku berakhir 31 Mac 2021.

6. Neelofa disiasat lagi, kali ini tidak pakai pelitup muka ketika hadir di mahkamah

Polis membuka kertas siasatan terhadap Noor Neelofa Mohd Noor selepas dilihat mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

7. Gencatan senjata Hamas-Israel: Sorakan kegembiraan bergema di Gaza

Kegembiraan itu memberi erti dan makna yang sangat mendalam kepada rakyat Palestin yang sentiasa berharap kekejaman dan pencerobohan ke bumi tercinta mereka berakhir.

8. COVID-19: 6,493 jangkitan baharu, 50 kematian, Selangor tertinggi dengan 2,163 kes

Sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.

9. Ketua Menteri Pulau Pinang mohon maaf kontroversi sumbangan vaksin COVID-19

Menurut Kon Yeow, tawaran sumbangan tersebut mencetus kontroversi dan menyimpang daripada tujuan asal pihak kerajaan negeri yang mahu mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 dalam kadar segera berikutan peningkatan kes yang mendadak.

10. PKP 3.0: Sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial - PMO

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebulat suara PKP 3.0 itu melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.