ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Julai 2021.

1. Kriteria kelonggaran SOP individu lengkap dua dos diputuskan MPN minggu depan - PM

Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia kemungkinan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

2. Selangor benar solat Aidiladha di masjid, had 50 jemaah - Exco

Selangor membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada pagi 20 Julai ini dengan kapasiti 50 jemaah termasuk pentadbirnya di masjid-masjid negeri ini.

3. 382 kakitangan MAIK potong gaji, bantu golongan memerlukan

Pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal itu bermula pada Januari lepas dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi RM100,000.

4. JKM teliti garis panduan ketatkan permohonan operasi rumah jagaan - Rina Harun

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang meneliti beberapa garis panduan berkaitan kriteria kelayakan hak jagaan serta pengoperasian pusat jagaan atau rumah kebajikan, sebelum dibentangkan dalam masa terdekat.

5. Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak merentas daerah dan negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

6. COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan

Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

7. 61 peratus guru terima 1 dos vaksin, sekolah buka pada 1 September - KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan tersebut dicapai melalui perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

8. Kilang dibenar operasi tetap dikenakan tindakan jika langgar SOP - TPM

Kilang-kilang yang memiliki kebenaran untuk beroperasi masih boleh dikenakan tindakan kompaun atau diarahkan tutup jika berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

9. COVID-19: Daripada 12,528 kes baharu, hanya 64 kes berada pada kategori 5 - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 12,528 kes baharu direkodkan pada Sabtu, hanya 64 kes atau 0.5 peratus berada dalam kategori lima (kritikal dan perlukan ventilator).

10. Tindakan tegas terhadap individu cuba rentas negeri pada Aidiladha ini - Bukit Aman

Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.