UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Julai 2021.

Astro Awani
Mon Jul 19 2021
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Julai 2021.


1. Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM

Nilai kompaun maksimum yang dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan kembali kepada RM1,000 sebaik Ordinan Darurat tamat pada 1 Ogos ini, umum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


2. Pengorbanan patuhi SOP satu jihad besar - Muhyiddin

Pengorbanan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, termasuk tidak melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi semasa Hari Raya Aidiladha, merupakan jihad besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa.

3. [LAPORAN KHAS]: Rasuah terapung di tengah laut

Pencabulan di perairan negara bukan isu baharu, sebaliknya setiap hari, puluhan bot dari negara jiran sama ada dari Thailand, Vietnam dan China terus rakus mengaut sumber negara di perairan Laut China Selatan.

4. Perkembangan positif vaksinasi, kerajaan umum kelonggaran SOP di negeri Fasa 1 dan 2 PPN

Kerajaan bersetuju melakukan sedikit perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan Fasa 2 susulan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

5. CITF siasat dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV

"ATM telah membuat siasatan mengenai kejadian tersebut dan individu terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut".

6. Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan

Pihak pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

7. Selangor sedia masuk ke fasa dua PPN akhir Ogos

Kerajaan Selangor akan mempertingkatkan kadar vaksinasi sehingga 300,000 dos sehari menjelang hujung bulan ini dalam usaha menurunkan angka kes jangkitan COVID-19 seterusnya bersedia beralih ke fasa kedua atau fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir Ogos ini.

8. COVID-19: 10,972 kes baharu, 129 kematian turut direkodkan

Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia merekodkan 10,972 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

9. Sultan Selangor bimbang individu balik kampung sempena Aidiladha

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda sekiranya masih ada individu yang berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah sempena perayaan Aidiladha esok.

10. Defisit fiskal Malaysia tahun ini meningkat di antara 6.5-7 peratus daripada KDNK - Tengku Zafrul

Defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat antara 6.5 dan tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding enam peratus yang disasarkan sebelumnya, selepas mengambil kira pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

#berita pilihan#COVID-19#ekonomi malaysia#Aidiladha#Perdana Menteri
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red

Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red

Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000

Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000

Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang

AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur

Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur

Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik

Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar

Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar

Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih

Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan

Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.