MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Ogos 2021.
Perdana Menteri selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra dan tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.
KPM akan benarkan pertukaran guru sepanjang tahun - Radzi Jidin
2. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, garis panduan ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 Panduan bagi Pertukaran Guru-Guru.
Allahyarham Abdul Hakim meninggal dunia pada jam 3.30 pagi, Isnin.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat sekali gus mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua pemimpin parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri seperti dakwaan sesetengah pihak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami