ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 September 2021.

1. 'Bunyi kuat seperti dentuman guruh, rupanya tanah runtuh'

"Saya dengar bunyi meletup-letup dan dentuman kuat seperti guruh dari belakang rumah. Apabila keluar saya lihat pokok buluh dari atas bukit telah berada betul-betul di tingkap dapur."

2. Agong, Raja Permaisuri tiba di UK untuk lawatan khas

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London bagi lawatan khas selama 10 hari ke United Kingdom (UK) bermula hari ini.

3. COVID-19: 388 kematian direkodkan, 64 'brought-in-dead'

Sejumlah 388 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan setakat 11.59 malam, 17 September. Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

4. Operator dan pengguna gimnasium sila ikut SOP, jika tidak, kebenaran boleh ditarik semula

Semua operator dan pengguna gimnasium diingatkan agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas dibenarkan dibuka semula berkuat kuasa serta-merta.

5. COVID-19: 15,549 kes baharu, kumulatif kes di Kelantan lebih 100,000

Malaysia merekodkan 15,549 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,929 kes.

6. Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu

Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan tindakannya membotakkan kepala adalah kerana berjaya membuat lontaran melebihi sasaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020.

7. UK longgarkan syarat untuk pengembara dari beberapa negara termasuk Malaysia

Bermula 4 Oktober 2021, rakyat Malaysia tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR sebelum mereka dibenarkan memasuki United Kingdom (UK).

8. COVID-19: 8,507 masuk ke Langkawi, 10 dikesan positif semasa saringan pra-ketibaan

Sejumlah 8,492 pengembara direkodkan masuk ke Pulau Langkawi sehingga 12 tengah hari Sabtu sejak Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi.

9. Tanah runtuh Kemensah Heights: Mangsa, penduduk diminta bersedia kemungkinan lebih buruk

Semua mangsa serta penduduk lain di sekitar di kawasan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, di sini diingatkan supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan yang lebih buruk, kerana masih terdapat pergerakan tanah yang dikesan di lokasi kejadian.

10. MOSTI peruntuk hampir RM60 juta untuk pembangunan vaksin COVID-19 tempatan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan hampir RM60 juta bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan vaksin dari luar negara.