MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 September 2021.
Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.
9,015 kes keganasan rumah tangga sepanjang PKP - Rina Harun
2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021.
Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin, kata Khairy Jamaluddin.
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Luar di Dewan Rakyat hari ini.
Sebanyak 13,754 kes positif baharu dilaporkan pada Khamis menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 2,156,678 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selari dengan pengumuman kerajaan untuk membenarkan rentas negeri setelah 90 peratus kadar vaksinasi dewasa dicapai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu akan disokong lima pasukan petugas khas di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC).
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Persidangan Parlimen pada 13 September lepas, dengan undian suara majoriti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami