Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 15, 2021 15:59 MYT
Oktober 15, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Oktober 2021.
Malaysia berjaya menjana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan dengan beberapa syarikat yang berpangkalan di luar negara dalam tempoh dua minggu pertama penyertaan Expo 2020 Dubai.
Pindan-pindaan itu menerusi definisi Persekutusan di bawah Artikel 160(2) adalah penting dan perlu dilakukan supaya MA63 serta fasal di dalamnya diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan.
MPN turut mencadangkan agar kerajaan memansuh atau memendekkan tempoh kuarantin warga asing yang tiba dari luar negara.
Selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura, hari ini suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak juga memfailkan permohonan yang sama.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan writ samannya terhadap enam pihak termasuk dua syarikat perbankan, di luar negara.
Jumlah kes positif COVID-19 menurun sedikit kepada 7,420 dalam 24 jam yang lepas, menjadikan angka kumulatif setakat Jumaat mencecah 2,377,033 kes.
Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di Ipoh pada Jumaat kerana melakukan ugutan bunuh dan menyebabkan kecederan terhadap seorang wanita, minggu lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).
HASRAT Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas musnah apabila mengalami tiga kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada suku akhir di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, malam ini.