ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Oktober 2021.
1. Expo 2020 Dubai: Malaysia jana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan - PM
Malaysia berjaya menjana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan dengan beberapa syarikat yang berpangkalan di luar negara dalam tempoh dua minggu pertama penyertaan Expo 2020 Dubai.
2. Semangat MA63: Sarawak cadang pindaan baharu Perlembagaan Persekutuan lebih komprehensif
Pindan-pindaan itu menerusi definisi Persekutusan di bawah Artikel 160(2) adalah penting dan perlu dilakukan supaya MA63 serta fasal di dalamnya diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan.
3. MPN cadang pembukaan sempadan negara termasuk pelancongan, kuarantin dipendek atau mansuh
MPN turut mencadangkan agar kerajaan memansuh atau memendekkan tempoh kuarantin warga asing yang tiba dari luar negara.
4. Selepas Rosmah, Najib pula mohon pasport sementara ke Singapura
Selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura, hari ini suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak juga memfailkan permohonan yang sama.
5. 1MDB dapat kebenaran untuk sampaikan writ saman kepada enam pihak di luar negara
1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan writ samannya terhadap enam pihak termasuk dua syarikat perbankan, di luar negara.
6. COVID-19: 7,420 kes baharu, 98.5 peratus kategori 1dan 2
Jumlah kes positif COVID-19 menurun sedikit kepada 7,420 dalam 24 jam yang lepas, menjadikan angka kumulatif setakat Jumaat mencecah 2,377,033 kes.
7. Dua beradik didakwa ugut bunuh, datangkan kecederaan terhadap wanita
Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di Ipoh pada Jumaat kerana melakukan ugutan bunuh dan menyebabkan kecederan terhadap seorang wanita, minggu lalu.
8. Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
9. PPN: Peralihan fasa di lapan negeri, Melaka dan Lembah Klang ke Fasa 4 - PM
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).
10. Piala Thomas: Hasrat Malaysia ke separuh akhir tak kesampaian
HASRAT Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas musnah apabila mengalami tiga kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada suku akhir di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, malam ini.
Astro Awani
Fri Oct 15 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Oktober 2021.

Bekalan Makanan | Mydin hadkan pembelian ayam
Pasar raya Mydin menghadkan pembelian ayam dengan setiap pelanggan boleh membeli dua ekor sahaja. Jelas Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, biarpun menghadkan pembelian, bekalan ayam di pasar raya tersebut masih mencukupi untuk pengguna di Selangor.

Politik | Pelancaran parti PEJUANG di Sabah ditangguh
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air di Sabah yang dijadualkan 22 Mei ini, ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan dibuat kerana ketiadaan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai urusan kerja di Tokyo.

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan 80 juta ringgit untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

Aidilfitri | PM hadir Program Aidilfitri Tentera Darat
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri melibatkan warga Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Pendaki Gunung Suku | Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad lepas. Penemuan itu dibuat pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Jurulatih wushu ditahan berikutan laporan amang seksual remaja perempuan
Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.

Kelibat Harimau | Penduduk dakwa tak pernah berlaku
Penduduk di sekitar kawasan sekitar Kemensah Height di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun beberapa penduduk di kawasan tersebut mendakwa terlihat kelibat harimau beberapa hari lalu. Tinjauan Astro AWANI pada Sabtu petang mendapati, kawasan yang terletak berhampiran kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu itu tetap sibuk seperti biasa.

Mydin ada bekalan ayam namun hadkan pembelian
Isu bekalan ayam tidak mencukupi menjadi perbualan dan antara topik yang sering dibincangkan di media sosial.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.