Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

71638376862_BTP.jpg
71638376862_BTP.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Januari 2022.


1. [LAPOR LANGSUNG] Jumlah mangsa banjir N.Sembilan, Melaka dan Sabah naik mendadak

Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri-negeri tersebut.



2. Suri rumah maut, suami patah bahu kereta terbabas langgar lopak air

Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi.


3. Mayat wanita reput ditemukan di dalam tasik

Mayat wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2 di sini semalam.


4. Air laju seperti air terjun - Mangsa banjir

Jelas penduduk, pada malam Jumaat lalu dia bersama beberapa penduduk berjaga dan memantau paras air Sungai Kelamah, namun tidak menyangka air naik terlalu pantas dan mendadak.


5. Ramai berminat sertai Warisan di Semenanjung - Shafie Apdal

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan menerima banyak permohonan menyertai parti itu di Semenanjung.


6. Samseng jalanan, Bukit Aman tahan 9 termasuk 2 pelajar di PD

Polis menahan sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, dekat sini, semalam.


7. Air pasang besar di empat negeri mulai hari ini hingga Rabu - JPS

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri pantai barat Semenanjung dinasihatkan supaya lebih berwaspada, berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu.


8. KWSP bukan penyelesaian cabaran, simpanan masa tua juga sama penting - Tengku Zafrul

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak sepatutnya dilihat sebagai penyelesaian bagi sesuatu cabaran, kerana ia dikhuatiri akan membebankan pencarum pada masa tua mereka terutama sekali apabila Malaysia di jangka mencapai status negara tua menjelang 2030, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


9. Demi anak, pasangan ini tekad bangkit walau bengkel musnah akibat banjir

Daripada bahasa badan, riak wajah dan renungan mereka, tersembunyi kesedihan yang disorok serapi mungkin, sebaliknya ditonjolkan pula kekuatan demi nampak 'gagah' di hadapan insan tersayang.


10. Banjir: Siren tak berfungsi, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mohon tutup akaun - TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menjelaskan pemotongan bekalan elektrik sistem siren amaran banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, dibuat atas permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan Jabatan Perhutanan negeri telah membuat permohonan penutupan akaun pada 12 Oktober 2021.

Must Watch Video

Advertisement